![]() |
| Pekin |
DALAM orang dok berteka teki tentang hubungannya dengan Ayu Raudhah rupa-rupanya Pekin ada projek lain. Lupakan soal cinta sebab Joyah dengar Pekin sekarang sibuk dengan kerja-kerjanya bersama syarikat sendiri, Indeworkshop yang dikongsi bersama rakannya.
Kumpul duit nak kahwin ke Pekin? Iyalah, Joyah dengar banyak betul perancangannya untuk syarikatnya itu.
Seorang kawan Joyah bertemu Pekin yang ketika itu baru selesai mengadakan persembahan teater di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sempatlah mereka berbual dan bertanya khabar dan kata Pekin, dia seronok berlakon teater walaupun ia teater pendek berdurasi 10 minit arahan Mamat Khalid berjudul Merdera Apa? kerana itu kali pertama Pekin ke pentas teater.
Dalam dok rancak berbual tentang pementasan yang dijayakan sempena Teater Anugerah Merdeka 2009 itu, teman Joyah turut bertanyakan khabar tentang dunia lakonan drama Pekin yang berwajah lembut ini.
Tak sangka rupa-rupanya dalam diam Pekin menjalankan perniagaan. Banyak yang sudah dilakukan.
Termasuk menerbitkan sebuah drama pendek berjudul Adiwira dan kini sedang dalam perancangan membikin filem Aku dan Sesuatu.
Khabarnya tahun depan filem ini akan memulakan penggambaran dan ketika ini Pekin sedang menanti skrip daripada pencetusnya, kartunis Aie.
Tak payah hingar bingar pun seperti orang lain. Tapi kerja jalan dan produk sudah ada. Tak seperti sesetengah orang yang bising-bising tapi hasil tak nampak apa.
Pun begitu, kata Pekin dia tidak akan meninggalkan bidang lakonan malah mahu terus berlakon.
Apa taknya, sehingga kini Joyah dengar banyak tawaran yang diterima. Baguslah begitu. Orang kata, mengapa mesti mensia-siakan bakat yang ada.
Tapi yang buat Joyah tabik kepada Pekin kerana Joyah dikhabarkan dalam diam Pekin mengembara ke Jogjakarta untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang seni.
Dua tahun jugalah dia belajar di sana dan dia terpaksa berkorban masa demi mendalami pengetahuan tentang selok belok kerja seni baik di depan dan di belakang kamera.
Dalam tempoh itu Joyah dengar Pekin berulang alik untuk meneruskan pengajian dan menerima tawaran berlakon.
Bukan senang melakukan dua kerja di dua buah negara tapi walaupun payah, Pekin tidak pernah mengeluh.
Apa yang penting dia mahu menimba ilmu tanpa menjejaskan peluang berlakon. Nampaknya selepas ini dapatlah kita tengok Pekin menjadi pengarah pula.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: