![]() |
| |
SELEPAS empat tahun memenangi Singapore Idol, nama Taufik Batisah begitu sinonim di negara kelahirannya, Singapura. Kini perjalanan Taufik semakin laju apabila cuba menakluk hati peminat yang ada di Malaysia pula.
Banyak anugerah yang telah diterima oleh Taufik sepanjang penglibatannya dalam bidang muzik dan sepanjang perjalanan itu pelbagai dugaan dan rintangan yang telah dihadapinya.
Kini Taufik berbangga apabila album Suria Hatiku yang mengandungi 10 buah lagu telah pun masuk ke pasaran Malaysia sejak bulan Mei yang lalu.
Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album ini termasuklah Gadis Itu, Suria Hatiku, Nafasku, Petua, Kau Dan Dia, Hey, Tiada Dua dan Khayalan. Dengarkan juga duet bersama Hady Miza menerusi lagu Kepadanya.
Istimewanya mengenai album Suria Hatiku apabila menampilkan kolaborasi antara Taufik, M. Nasir, Ken Lin dan ramai lagi komposer ternama.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: