![]() |
| Pasha |
TINDAKAN Okie Agustina melaporkan tindakan kekerasan yang dilakukan oleh mantan suaminya Pasha Ungu menimbulkan rasa tidak puas hati Pasha. Pansha menganggap ini hanyalah masalah keluarga dan tidak perlu diperbesarkan.
Pasha berasa segala tindakan yang dilakukan oleh Okie menandakan Pasha tidak lagi dianggap sebagai keluarga. Pasha mengatakan yang dia disingkirkan daripada menjadi orang terdekat kepada Okie dan mungkin Okie ingin menafikan yang dia adalah bapa kepada tiga orang anak mereka.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mungkin Okie tidak lagi memerlukannya sama ada dalam bentuk sokongan moral atau material. Pasha juga menafikan adanya unsur-unsur kekerasan yang telah berlaku antaranya dan Okie.
Dalam kejadian pada pagi Rabu 29 Julai lepas, Okie Agustina melaporkan kepada polis bahawa mantan suaminya telah mengasarinya. Hasil pemeriksaan kesihatan terbukti adanya kesan lebam di tangan kanan dan pelipis mata kirinya.
Punca kejadian dikatakan tuduhan Pasha terhadap Okie yang dianggap terlalu boros berbelanja dan lebih mementingkan kariernya daripada urusan anak-anak di samping sering pulang larut malam.
Bagi Okie, laporan polis harus dibuat kerana dia sudah tidak kuat dan berasa amat takut jika kejadian itu berulang lagi. Bukan tujuan Okie untuk memenjarakan Pasha cuma ingin menyedarkan Pasha bahawa perbuatannya itu salah.
Perceraian secara baik yang berlaku 20 Januari lepas antara pasangan ini rupanya tidak memulihkan hubungan mereka. Malah apa yang berlaku akan merenggangkan lagi hubungan mereka dan kesannya akan dirasai oleh anak-anak.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: