Sunday, August 9, 2009

Luna Maya diterima keluarga Ariel


Luna Maya


LUNA Maya nama yang sudah tidak asing lagi bagi dunia hiburan Indonesia. cantik dan berbakat adalah ungkapan yang sesuai dilayangkan kepada seorang artis yang bernama Luna Maya. Mungkin kelebihan inilah yang menambat hati penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel.

Bukan sahaja Ariel yang terpikat dengan Luna tetapi juga keluarga Ariel yang begitu menyenangi dan merestui hubungan mereka.

Bapa Ariel, Nazmul Irphan juga membenarkan Luna datang ke rumah keluarga Ariel di Antapani, Bandung Jawa Barat. Menurutnya semasa kedatangan Luna, mereka menyambutnya dengan baik dan dia dapat berasakan yang Luna sangat terbuka dengan keluarga mereka.

Baginya Luna Maya seorang yang rendah hati dan sanggup menjalinkan hubungan silaturrahim dengan keluarganya.

Berkisar kepada cerita bahawa Ariel dan Luna telah bernikah siri di Bali, bapa Ariel menafikannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: