Sunday, August 9, 2009

Nora Danish - Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

SEJAK kembali aktif dalam lakonannya, Joyah dengar banyak betul tawaran yang diterima pelakon Nora Danish. Iyalah, orang cantiklah katakan dan berbakat pula. Siapa yang tahu mahu rebut! Dengarnya sekarang ini banyak masa Nora Danish dihabiskan di lokasi penggambaran. Khabarnya tak menang tangan artis jelita yang seorang ini dengan tawaran kerja yang mendatang.

Sekejap dia berada di lokasi drama ini kemudian berkejar pula ke tempat lain. Memang melimpah ruah sungguh rezekinya.

Joyah pun tak sabar nak tengok aksi Nora yang comel senyumannya ini dalam drama Spa Qistina, sequel drama Spa Q yang popular di TV3 itu. Joyah dengar semakin panas kisah nukilan Rina Khan ini.

Khabarnya jadual kerja Nora penuh sampai tahun depan. Patutlah susah benar nak dapatkan Nora untuk fotografi bersama Joyah. Selain drama, Joyah dengar Nora juga mendapat tawaran mengacara program carta untuk saluran B4U di Astro. Ala, saluran Bollywood baru itu.

Bolly 10, begitulah nama program yang akan dihoskan oleh Nora dan selepas ini Joyah pasti ramai pula penggemar filem dan lagu Hindi terpikat dengan ibu tunggal yang sebelum ini terkenal dengan watak Puteri itu.

Khabarnya jadualnya bersama program ini sudah diterima dan dengarnya sehingga tahun depan, Nora akan sibuk mengacara.

Baguslah. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Joyah pun tumpang gembira mendengarnya. Semoga Nora sukses selalu dan sentiasa berbahagia dengan putera sulungnya yang comel bernama Rayqal itu.

Jangan lupa luang masa untuk diri sendiri sudahlah. Bukannya apa, hati sendiri pun kena jaga juga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: