JOHOR BAHRU - Pasti sukar untuk menarik minat orang ramai mengunjungi restoran yang terletak di sebuah pusat beli-belah baru yang belum dikenali ramai, tetapi pemilik Restoran LC Catering (LC Catering) cawangan Taman Universiti, Skudai di sini ada cara tersendiri untuk mengatasi masalah tersebut.
Pengarah Urusannya, Ibrahim Mohamad berkata, antara usaha yang dilakukan pada awalnya ialah dengan mengedarkan risalah mengenai restoran barunya yang terletak di pusat beli-belah U Mall, Skudai itu ke setiap rumah di beberapa taman perumahan berdekatan.
Menurutnya, sebanyak 5,000 risalah telah diedarkan kepada orang ramai dan ternyata strateginya itu berjaya.
"Alhamdulillah cara itu berkesan dan sambutan yang diterima menggalakkan kerana di pusat beli-belah tersebut tidak memiliki banyak restoran Melayu dan yang halal," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: