Monday, August 3, 2009

Nafi orang ketiga


JESSICA SIMPSON (kiri) dan bintang sukan, Tony Romo.


PENYANYI irama country terkenal, Kenny Chesney menafikan dia merupakan orang ketiga di sebalik terputusnya hubungan cinta antara penyanyi, Jessica Simpson dan bintang sukan, Tony Romo.

Bekas suami pemenang Oscar, Renee Zelweger itu baru-baru ini mengecam sebuah akhbar tabloid yang melaporkan dia dan Jessica bermesra pada 4 Julai lepas di sebuah parti - beberapa hari sebelum Jessica dan Romo berpisah iaitu pada hari jadi ke-29 Jessica, pada 10 Julai.

"Tony Romo merupakan sahabat baik saya dan saya tidak akan menjalinkan hubungan dengan kekasih sahabat saya," tegas Chesney kepada People.com.

Penyanyi berusia 41 tahun itu mengakui dia begitu simpati terhadap Jessica dan Romo yang kini menjadi bahan tohmahan media sebagai pihak yang curang dalam hubungannya dengan Romo itu.

"Saya berasa simpati terhadap Jessica dan Tony. Mereka berdua pasangan yang sesuai tetapi apa nak buat, sudah tiada jodoh," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: