Friday, August 21, 2009

MK Land lancar Meru Perdana


ROSHIDI (kiri) menandatangani plak perasmian projek Meru Perdana sambil diperhatikan Mustapha Kamal di Ipoh, Perak semalam.


IPOH - Selepas kejayaan membangunkan perumahan mampu milik di Taman Klebang Putra di sini, MK Land Holdings Berhad (MK Land) melalui anak syarikatnya, Zaman Teladan Sdn. Bhd. (Zaman Teladan), berhasrat memajukan sebuah lagi projek seumpama itu di bandar raya ini.

Projek perumahan bersepadu yang akan dikenali sebagai Meru Perdana itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 37 hektar terletak berhampiran susur keluar dan masuk Jelapang, Lebuhraya Utara-Selatan.

Pengerusi Eksekutif MK Land, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, projek bernilai RM134 juta itu akan dibangunkan melalui tiga fasa dengan membabitkan pembinaan sebanyak 935 unit rumah mampu milik.

"Setiap rumah mampu milik ini akan dijual pada harga permulaan RM35,000 sebuah dan keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan RM2,500 sebulan,'' katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian projek berkenaan yang disempurnakan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim di Taman Klebang Putra di sini semalam.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam.. saya rasa rumah yang di bina sangat strategik dan menarik. saya puas hati dengan keadaan ini. harganya pun sangat sesuai bagi
    yang berpendapatan rendah macam saya.
    email: rahimah_abzajaya@yahoo.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. ada lagi ke projek rumah 35ribu ni kat bandaraya ipoh???mcmana nak belinya....

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: