Friday, August 21, 2009

Dynamic Diesel dijual 1 September

SHAH ALAM - Petronas semalam melancarkan satu-satunya minyak diesel yang memiliki formula serba baru dengan standard Euro 2M di negara ini.

Bahan api yang dikenali sebagai Dyna- mic Diesel dan bersesuaian dengan semua jenis enjin diesel termasuk kenderaan dengan enjin Euro 4 itu boleh didapati di lebih 920 stesen minyak Petronas di seluruh negara mulai 1 September depan.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Peruncitan Petronas Dagangan Bhd. (Petronas Dagangan), Mohd. Fadzlan Abdul Samad (gambar) berkata, Dynamic Diesel diformulasikan khusus dengan aditif SINAR D07 yang dikatakan bersih, mengekalkan kebersihan enjin dan sekali gus memberikan penjimatan bahan bakar serta pelepasan ekzos yang rendah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran minyak berkenaan yang disempurnakn oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan, Mohd. Sabarudin Mohd. Amin di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: