Wednesday, August 5, 2009

Memburu lelaki muda


JENNIFER ANISTON (belakang) Courtney Cox.


MENJELANG usia 40-an, tidak mustahil jika ada wanita solo yang tercari-cari teman lelaki yang jauh lebih muda daripada mereka.

Bekas pelakon siri TV popular, Jennifer Aniston dan Courteney Cox juga tidak terkecuali. Sedang menikmati fasa wanita matang berusia 40-an, Jennifer dan Courteney kini banyak menerima tawaran melakonkan watak wanita pertengahan usia yang terdesak untuk ditemukan dengan lelaki muda yang budiman.

Jennifer, 40, baru sahaja menandatangani satu kontrak lakonan untuk sebuah filem romantik komedi bertajuk Pumas yang mengisahkan dua wanita sedang berdepan krisis usia dan mencari-cari hidup baru.

Kawan baiknya, Courteney harus menempuhi perkara yang sama. Courteney pula baru sahaja memulakan penggambaran sebuah siti TV baru berjudul Cougar Town.

Dalam siri berkenaan, dia melakonkan watak ibu tunggal yang ingin kembali jatuh cinta dengan seorang pemuda selepas rumah tangganya runtuh.

Penggambaran filem Pumas lakonan Jennifer masih belum ditetapkan tarikh manakala Cougar Town pula dijadualkan menemui penonton di Amerika Syarikat hujung tahun ini .

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: