Wednesday, August 5, 2009

Kes wanita pakai seluar ditangguh ditangguh


LUBNA (kanan) menunjukkan isyarat kemenangan ke arah penyokongnya di luar sebuah mahkamah di Khartoum semalam.


KHARTOUM - Sebuah mahkamah di sini semalam menangguhkan perbicaraan kes seorang wanita tempatan iaitu Lubna Ahmed al-Hussein yang bakal dihukum 40 kali sebatan jika disabit kesalahan memakai seluar panjang.

Bagaimanapun, polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang membantah Lubna dibicarakan kerana memakai seluar panjang.

Hakim menunda kes itu kepada 7 September depan bagi memastikan sama ada Lubna Ahmed al-Hussein, 30-an, yang pernah berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan memiliki kekebalan undang-undang.

Peguam belanya, Jalal al-Sayyid berkata, Lubna ditangkap pada bulan lalu di sebuah restoran di sini bersama 12 wanita lain kerana berkelakuan tidak senonoh dengan memakai seluar panjang di tempat awam.

Ketika perbicaraan, ratusan penyokong Lubna termasuk wanita dan aktivis pembangkang cuba menutup jalan dan menunjuk perasaan di luar mahkamah memaksa polis bertindak meleraikan mereka dengan menggunakan gas pemedih mata.

"Saya sedia untuk menghadapi apa jua keadaan. Saya rela disebat bukan setakat 40 kali malah 40,000 kali," katanya.

Lubna yang juga merupakan wartawan sebuah akhbar berhaluan kiri Sudan, Al-Sahafa sepatutnya mula dibicarakan minggu lalu.

Setakat ini, 10 wanita Sudan sudah menjalani hukuman sebat atas dakwaan serupa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: