![]() |
| Mohd, Shukri menunjukkan dadah heroin yang dirampas daripada sepasang suami isteri di Masjid Kampung Padang Nenas, Kuala Terengganu kelmarin. |
KUALA TERENGGANU - Kerana menyangka tempat ibadat sebagai lokasi 'selamat' untuk mengedar dadah, sepasang suami isteri memilih sebuah masjid di Kampung Padang Nenas di sini kelmarin bagi kegiatan haram itu.
Bagi mengelak dikesan, si isteri berusia 47 tahun yang memakai baju kurung turut membawa anak lelaki mereka berusia lima tahun ketika menunggu pembeli dadah di pekarangan masjid itu.
Si suami berusia 46 tahun pula menunggu di dalam kereta sambil memerhatikan isteri dan anaknya itu melakukan transaksi dadah bernilai kira-kira RM150,000.
Bagaimanapun, 'drama' pengedar dadah itu berakhir pada pukul 4.15 petang apabila polis menyerbu lokasi itu dan menahan pasangan tersebut bersama anak mereka.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ketika ditahan, wanita itu berdiri bersama anaknya sambil menjinjing beg plastik mengandungi 100 botol plastik berisi dadah jenis heroin.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: