Thursday, August 6, 2009

Baling skru untuk tahu mangsa hidup, mati


BAPA Beng Hock, Teoh Leong Hwee dan isteri Teng Shuw Hor turut hadir inkues hari kedua di Mahkamah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan Bangunan Plaza Masalam di sini, Siti Zabedah Yahya, 41, membaling skru meja dari tingkat 19 bangunan tersebut bagi mengetahui seorang lelaki yang dilihatnya terbaring di koridor tingkat lima masih hidup atau sebaliknya.

Namun, selepas lima minit melihat tiada tindak balas lelaki itu, Zabedah terus menghubungi juruteknik penyelenggaraan, Mohd. Ridzuan Samsuri untuk memaklumkan apa yang dilihatnya.




Demikian kata Zabedah saksi pertama pendakwaan ketika memberi keterangan pada prosiding inkues kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner di sini semalam.

"Saya baling skru itu untuk pastikan sama ada orang itu pengsan atau tidur tetapi cuaca yang sangat panas saya fikir tidak mungkin orang itu tidur," katanya.


KERATAN Kosmo! 30 Julai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: