
ORANG RAMAI berbaris panjang untuk melabur dalam AS1M di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Sambutan terhadap unit-unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang mula dijual semalam amat menggalakkan apabila kaunter-kaunter yang menjual unit tersebut penuh sesak dengan orang ramai.
Tinjauan Kosmo! di kaunter jualan AS1M di Permodalan Nasional Berhad (PNB) semalam mendapati, orang ramai tidak putus-putus datang semata-mata tidak mahu ketinggalan melanggan unit dana terbaru itu.
Selain pelaburan masa depan, beberapa pelanggan AS1M yang ditemui semalam menyatakan nama 1Malaysia membuatkan mereka tertarik menjadi antara pelabur pertama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: