![]() |
| Yoon Eun Hye |
BINTANG Yoon Eun Hye kini berbangga pada dirinya kerana mempunyai perniagaannya sendiri, The House Company yang menganjurkan aktiviti seni dalam industri hiburan Korea.
Syarikat itu adalah bukti kesungguhan yang dilakukannya selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia seni.
"Saya melibatkan secara langsung dalam pembukaan syarikat ini termasuk identiti korporat, pengubahsuaian bangunan dan pembahagian tugas pekerja agar mereka tahu bidang kerja masing-masing," katanya kepada media di Korea.
Tambahnya lagi: "Sudah 10 tahun saya melibatkan diri dengan dunia hiburan. Di sini, saya dapat menilai orang yang mana sesuai untuk bekerjasama dengan saya. Saya juga ingin mencari bakat baru yang boleh memeriahkan industri seni tempatan".

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: