Thursday, August 6, 2009

Letak penjawat awam di kelas satu

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan menyediakan wad kelas satu bagi semua peringkat penjawat awam jika menerima rawatan di hospital.

Presidennya, Omar Osman berkata, kertas kerja mengenai cadangan itu sudah siap dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Menurut beliau, cadangan itu perlu bagi menaikkan imej kakitangan awam.

"Permintaan itu dianggap wajar bagi membolehkan kira-kira 1.2 juta kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan rasa lebih dihargai dan mempunyai motivasi yang lebih baik untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: