
MELBOURNE - Polis Australia semalam menyatakan satu rancangan serangan pengganas yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda berjaya dipatahkan.
Seramai 400 anggota keselamatan dari seluruh negara mengambil bahagian dalam 19 serbuan yang diadakan di Melbourne, bandar kedua terbesar di Australia bagi mematahkan percubaan itu.
Pemangku Komisioner Polis Australia, Tony Negus berkata, empat lelaki ditahan manakala beberapa suspek masih disoal siasat.
Mereka ialah rakyat Australia berketurunan Somalia dan Lebanon berusia dari 22 hingga 26 tahun.
Serbuan dilakukan hasil operasi intipan selama tujuh bulan terhadap sekumpulan suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan al-Shabaab iaitu sebuah organisasi yang menentang kerajaan sementara di Somalia dan disokong Barat.
Kumpulan itu merancang untuk menyerang sebuah pangkalan tentera dan melepaskan tembakan dengan menggunakan senjata automatik sebelum mereka menembak mati diri masing-masing.
Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd ketika mengulas kejadian itu berkata, Australia masih diancaman kumpulan ekstremis.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: