Thursday, August 6, 2009

Kes Lindsay Lohan mencuri


LINDSAY LOHAN mungkin terselamat daripada dakwaan mencuri kerana foto yang disiarkan Elle membuktikan dia tidak mengenakan aksesori mewah itu.


LINDSAY LOHAN pencuri? Ya, cerita itu panas diperkatakan selepas sekitar pertengahan Jun lalu apabila sebuah syarikat menuduh Lindsay membawa lari perhiasan yang dipakai pada satu sesi fotografi untuk majalah Elle.

Bagaimanapun baru-baru ini muncul bukti bahawa sebenarnya Lindsay sama sekali tidak mengenakan aksesori yang dikatakan itu.

Menurut majalah People, pada satu edisi majalah Elle yang menyiarkan fotografi itu, Lindsay Lohan langsung tidak dilihat mengenakan perhiasan yang dikatakan telah hilang.

Setelah sesi fotografi, pemilik perhiasan tersebut melaporkan bahawa perhiasan yang dianggar bernilai sekitar AS$45,000(RM128,000) itu telah hilang.

Sehingga kini pihak polis masih menyelidik dakwaan itu dan mengatakan bahawa belum ada suspek yang boleh dituduh dalam hal ini.

Majalah Elle sendiri sempat memberitahu bahawa tuduhan untuk Lohan adalah tidak berasas sama sekali.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: