
Kunjungan sempena ulang tahun TV3 yang ke-25 ini diwakili oleh pihak pengurusan TV3, MyTV3, kakitangan TV3, artis-artis dan personaliti TV3 telah mendapat kerjasama daripada penduduk setempat. Antara artis dan personaliti yang turut serta ialah Fedtri Yahya, Wahid Senario, Danny Anua, Almy Nadia, Intan Nur Ladyana, Nabila Huda, Fizo Omar, Fouziah Gous, Ashraf Muslim dan Mohd Fazren Rafi.
Menurut Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Santokh Singh, sambutan yang menggalakkan dari penduduk setiap kali TV3 mengadakan kunjungan membuatkan pihak kami teruja untuk terus menikmati keindahan dan menerokai kebudayaan negeri Sarawak. Selain daripada dapat berkumpul bersama mereka yang hadir, pengunjung juga boleh berkongsi pendapat dan pihak TV3 sentiasa mengalu-alukan pandangan dari orang ramai ke arah memperkukuhkan lagi stesen televisyen ini. Kesempatan ini tidak disia-siakan di mana kami turut menyalurkan bantuan kewangan melalui Tabung TV3 kepada badan kebajikan yang terpilih.
“Istimewa lagi, konvoi Kembara TV3 dapat meluangkan masa menghadiri majlis pelancaran Karnival Ikan Bulu 2009 anjuran bersama Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Negeri Sarawak serta semua Agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan Bahagian Sri Aman dan Negeri Sarawak.” kata Santokh
Untuk pencinta budaya seperti Fedtri Yahya, pengalaman yang dilalui di Sarawak dirasakan amat berharga. “Jika di Semenanjung saya sering menyaksikan tarian suku kaum di Sarawak namun ketika berkunjung ke sana saya dapat melihat tarian asli yang ditarikan oleh mereka sendiri. Maklum balas yang diterima amat memberangsangkan apabila ramai pengunjung yang berkongsi pendapat dan memberikan buah fikiran untuk menaikkan mutu penerbitan Malaysia Hari Ini.”
Penjelajahan Kembara TV3 yang bermula pada Februari lalu, mengadakan kunjungan pembukaan ke Negeri Sembilan disusuli dengan Melaka, Pahang, Perak dan Johor bertujuan mengeratkan silaturahim di samping membawa TV3 dekat dengan penonton. Selepas Sarawak, TV3 akan meneruskan konvoi Kembara TV3 di Pantai Timur yang dijadualkan bakal berlangsung selepas sambutan Aidilfitri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: