
BANGKOK - Seorang juruterbang maut manakala tujuh penumpang pesawat Bangkok Airways dimasukkan ke hospital selepas pesawat itu merempuh sebuah bekas menara kawalan di sebuah lapangan terbang di Pulau Ko Samui semalam.
Kementerian Kesihatan Awam Thailand berkata, 42 orang cedera dalam nahas itu yang berlaku ketika hujan lebat.
Presiden Bangkok Airways, Puttipong Prasattong Osot pada sidang media di sini berkata, antara penumpang yang cedera parah ialah dua warga Britain, seorang rakyat Itali dan Switzerland.
"Pesawat itu mendarat di bahagian selatan landasan itu sebelum tergelincir ke bahagian kiri dan merempuh bekas menara yang kini menjadi gudang jentera bomba. Pesawat itu rosak," katanya.
Terdapat 68 penumpang berada di dalam pesawat termasuk rakyat Israel, Jerman, Perancis dan Sepanyol.
Mereka dalam penerbangan dari bandar peranginan Krabi di barat daya pantai Laut Andaman menuju Ko Samui di Teluk Thailand.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: