Wednesday, August 5, 2009

Remaja lelaki larikan kakak tua


SEORANG remaja lelaki yang didakwa mencuri burung
kakak tua dirakamkan oleh kamera litar tertutup
di Porton dekat Salisbury.



BURUNG kakak tua jenis Galah yang dilarikan oleh seorang remaja lelaki.


SALISBURY, England - Polis melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang melarikan seekor burung kakak tua dari sebuah kedai haiwan di Porton, di sini, menurut laporan akhbar semalam.

Suspek seorang remaja dipercayai memasukkan burung kakak tua jenis Galah yang berusia 19 minggu dan berwarna kelabu serta merah jambu ke dalam sebuah beg untuk mengelak haiwan itu mengeluarkan bunyi bising.

Burung kakak tua itu berasal dari Australia dan dianggarkan bernilai £1,650 (RM9,748.93).

Kecurian itu berlaku di sebuah pusat akuatik dan haiwan peliharaan pada 25 Julai lalu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek berjalan di luar kedai sebelum memasuki sebuah kereta bersama seorang wanita dan seorang budak lelaki.

Pemilik kedai itu, Gareth Allen berkata: "Burung ini amat hebat dan ia tidak mampu mempertahankan diri sendiri.

"Burung itu tidak bodoh dan ia suka dengan kanak-kanak. Burung kakak tua jenis Galah jarang dijual di kedai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: