|  Bulan Ramadhan bakal menjelang lagi. Bulan karnival pahala ini bakal menyaksikan program berunsur keagamaan disiarkan di kaca televisyen anda. Selain sibuk mengisi Ramadhan dengan ibadat, apa kata pada waktu lapang, luangkan masa sebentar menonton saluran Astro yang banyak menyajikan program untuk santapan rohani. Menurut Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah "Kami ingin berkongsi keseronokan ibadah sepanjang bulan Ramadhan dengan menyiarkan solat sunat Terawih secara langsung dari Masjid Nabawi, Madinah. Bacaan Tadarus Al-Quran yang bakal dilagukan oleh ikon-ikon dari Astro Oasis juga bakal dikongsi bersama penonton setiap hari."
Terdapat 16 program baru yang akan disajikan diantaranya Cinta Sempurna (Astro Oasis), Wadi Unung (Astro Prima), dan Qalesya (Astro Prima). Astro juga akan membawakan sebuah dokumentari istimewa yang berjudul Madrasah Salasiah Rasullulah.
Cinta Sempurna akan menampilkan Ashraf Muslim, Tunku Tiara Yasmin dan penampilan istimewa Yuna menerusi lagu berjudul Cinta Sempurna. Qalesya pula merupakan sebuah drama berunsur komedi yang menampilkan pelakon baru kanak-kanak dari pelbagai latar keluarga dan bertemu di sebuah sekolah asrama agama.Kepelbagaian variasi dari komedi hingga kepada unsur keagamaan menjadikan program Ramadhan Astro pada tahun ini akan lebih menarik berbanding sebelumnya.
|
cye suke elfira loy berlakon
ReplyDeletecerita ni kelakar bgi cye....org lain ntah ler......
ReplyDeletemane addy asraff....x derk pon...???!@$%^
ReplyDelete