|  Bukan semua peminat di Malaysia ada masa menonton rancangan kegemaran di rumah. Kesibukan kerja terutama kepada warga kota menyekat batas untuk turut bersama-sama menikmati rancangan yang disiarkan di televisyen. Kini 8TV ada berita baik untuk anda. Buat pertama kalinya di Malaysia dan Asia Tenggara, Alt Media memperkenalkan 8TV Mobile di mana 10 rancangan terbaik dari pelbagai genre akan disiarkan terus melalui telefon bimbit melalui laman web mobile.8tv.com.my.
Antara rancangan yang boleh diakses menerusi telefon bimbit anda adalah Blogger Boy, Project NS, 8TV Quickie, I Wanna Be A Model dan banyak lagi. Rancangan ini boleh ditonton melalui 8TV mobile selepas lebih kurang enam jam disiarkan di TV. Selain daripada itu, anda juga boleh muat turun nada dering, wallpaper dan banyak lagi.
Kemudahan ini dapat dilayari secara percuma di tempat-tempat yang menyediakan perkhidmatan WiFi dan rangkaian 3G/Edge. Bagaimanapun bayaran perkhidmatan mungkin dikenakan.
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: