Friday, August 21, 2009

HotFM kibar semangat patriotisme 1Malaysia

Media Prima melalui rangkaian stesen radionya, HotFM kini giat mempromosikan kempen Lagu 1Malaysia Kita berdasarkan konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pegawai Ketua Operasi Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin berkata, sepanjang kempen itu berlangsung, HotFM telah menerima sambutan yang luar biasa dan setakat ini seramai 10 peserta akhir telah terpilih.

“Sepuluh peserta itu terdiri kalangan individu biasa dan juga individu yang memiliki kemahiran dalam bidang muzik.

“Yang paling unik, ada antara nyanyian yang dicipta oleh sepuluh peserta berkenaan telah dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Maya Karin, Tomok dan ramai lagi,” katanya.

Terdapat juga lagu yang dicipta oleh pendengar-pendengar setia HotFM yang disenaraikan sebagai sepuluh finalis. Ini menunjukkan pendengar HotFM menyokong penuh semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh stesen radio tersebut.

Bagi mereka yang ingin mendengar sepuluh lagu yang telah disenarai pendek, mereka boleh melayari laman web rasmi HotFM iaitu www.hotfm.com.my . Selain mendengar, peminat boleh mengundi lagu pilihan mereka untuk menentukan pemenangnya dan berpeluang untuk memenangi 10 buah telefon bimbit Blackberry yang ditaja oleh X-Pax.

Undian yang bermula 12 Ogos lalu akan berakhir pada 26 Ogos ini akan menentukan pemenang bagi penggubah lagu 1Malaysia Kita akan membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000 juga tajaan X-Pax.

Pertandingan ini turut mendapat sokongan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pemenang akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri ketika sambutan perayaan Merdeka Parade yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil 31 Ogos ini.

Sementara iotu Ketua Pegawai Operasi Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, pihak HotFM masih lagi berbincang dengan pihak JPM sama ada ingin menjadikan lagu pemenang itu nanti sebagai lagu rasmi 1Malaysia atau tidak.

“Kami sudah usulkan perkara ini kepada JPM. Buat masa ini JPM belum lagi memberikan jawapan. Sama ada lagu pemenang itu nanti dijadikan lagu rasmi 1Malaysia atau tidak. Semuanya bergantung kepada JPM.

““Namun, penyerahan cek RM 25,000 itu juga masih dibincangkan dengan JPM sama ada akan diserahkan pada hari tersebut atau tidak,” katanya, semalam.

Pemenang bakal membawa pulang 10 buah telefon bimbit Blackberry juga akan diumumkan pada 31 Ogos oleh penyampai HotFM tetapi menerusi radio hangat yang popular dengan tagline ‘Lebih Hangat Daripada Biasa’ itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: