
GAUN Rong dihisiasi dengan kuntum ros merah.
CHANGCHUN - Seorang pengantin perempuan, Lin Rong di wilayah Jilin memakai gaun perkahwinan yang sepanjang 2.24 kilometer (km) dalam majlis perkahwinannya, menurut sebuah akhbar semalam.
Pakaian buatan tangan keluarga itu menyebabkan lebih 200 tetamu mengambil masa tiga jam membantu untuk membuka lipatan gaun dan menyemat 9,999 kuntum ros merah.
Pengantin lelaki, Zhao Peng, 28, seorang pekerja kereta api berhasrat mencabar rekod dunia gaun perkahwinan sepanjang 1,579 meter.
Dia teruja untuk mencipta sejarah selepas mengetahui terdapat pemegang rekod gaun pengantin terpanjang sebelum ini iaitu satu pasangan dari Romania.
Peng sudah menghantar permohonan kepada Guinness World Records bagi mendapatkan pengiktirafan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: