Monday, August 10, 2009

Bekas kekasih dedah ego Ronaldo


NEREIDA


MADRID - Bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo, 24, gemar memakai seluar dalam berwarna merah dengan paparan seekor gajah di bahagian hadapannya, menurut laporan akhbar semalam.

Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang peminat dan bekas teman wanitanya, Nereida Gallardo ketika diwawancara oleh stesen televisyen Sepanyol, Antena. 3

Apabila ditanya berhubung seluar dalam metroseksual Ronaldo, Nereida, 26, berkata: "Dia memakai seluar dengan wajah gajah itu."

Nereida ditinggalkan Ronaldo pada musim panas lalu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) setelah lima bulan mereka bersama, turut mempunyai cerita menarik mengenai sifat ego Ronaldo.

Katanya: "Saya rasa dia lebih suka melihat dirinya di cermin berbanding saya sendiri."

Nereida turut sebak apabila dia menuduh Ronaldo yang merupakan bekas pemain kelab Mancester United (MU) melayannya lebih teruk berbanding seekor anjing.

"Saya pernah menghubunginya banyak kali tanpa mendapat sebarang jawapan daripadanya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: