![]() |
| |
AHLI kumpulan Black Eyed Peas, Fergie bersedia memikul tanggungjawab seorang ibu dalam tempoh terdekat dan keinginan itu memeranjatkan suaminya, Josh Duhamel.
Bagi pelakon utama Transformers itu, permintaan Fergie menyentuh hatinya kerana tiada perbincangan mengenai anak dibuat sejak perkahwinan awal tahun lalu.
Menurut sumber terdekat kepada National Enquirer, ''Fergie menyatakan hasrat untuk mendapatkan anak kepada Josh semasa mereka sedang menonton pertandingan besbol Los Angeles Dodgers. Tiba-tiba sahaja Fergie memberitahu yang dia mahu zuriat untuk melengkapi kehidupan mereka".
Tambah sumber itu lagi, Fergie juga berjanji akan mengubah tingkah lakunya selepas doktor mengesahkan kehamilan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: