![]() |
| |
DRAMA bersiri, Cinta dan Anugerah menemukan dua bintang yang terkenal, Ashraf Sinclair dan Nabila Syakieb. Mereka membawa peranan penting dalam drama ini iaitu sebagai Reza dan Nabila.
Kerana drama inilah mereka digossipkan mempunyai hubungan yang lebih serius. Namun Ashraf menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Malah menurutnya dia hanya berbual dengan Nabila sebelum sesuatu babak dimulakan.
Baginya hubungannya dengan Nabila hanya sebagai teman sekerja dan ini adalah kali kedua mereka bekerjasama. Kedekatan mereka atas dasar profesional sebagai pelakon.
Bagi Ashraf dia di sini untuk bekerja dan mencari rezeki untuk isterinya Bunga Citra Lestari. Tidak mungkin dia akan mengotorkan tempatnya mencari rezeki.
Menurut Ashraf lagi, isterinya Bunga Citra Lestari juga sudah mengetahui hubungannya dengan Nabila dan memahami apa yang sebenarnya terjadi. Baginya Bunga tidak cemburu dan amat memahami kerana Bunga juga berada dalam dunia yang sama.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: