Wednesday, August 12, 2009

Farid, Lisa: Senang bercinta

Pelakon Farid Kamil dan Lisa Surihani dilihat sebagai pasangan paling serasi di larar perak dan juga di dalam drama televisyen masa kini. Satu demi satu judul filem menggandingkan mereka. Pasangan serasi terkini nampaknya, walaupun menafikan wujud hubungan cinta.

Mereka bakal berganding lagi untuk edisi ke empat di layar perak melalui fiem Semerah Cinta Stilletto arahan Ahmad Idham. Filem terbitan MIG Production itu bakal memulakan penggambaran dalam waktu terdekat.

Farid dan Lisa akui mereka serasi apabila digandingkan sebagai pasangan bercinta di dalam filem atau drama. Maknanya mereka rasa mudah apabila diminta bercinta. Pemilihan mereka juga setelah pihak produksi berasakan mereka sebagai pasangan yang paling secocok untuk watak masing-masing.

"Saya rasa memang serasi apabila diganding bersama. Kalau penerbit berpandangan serupa... saya setujulah. Apabila wujudnya keserasian di antara kami, pastinya saya akan rasa lebih mudah untuk menghayati watak.

"Keserasian yang sedia ada itu kalau digunakan oleh penerbit untuk melariskan filem, saya rasa ia tidak salah," kata Farid ketika ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut di Restoran Lemon, The Mines, Seri Kembangan semalam.

Ikon pasangan cinta

Farid juga tidak kisah sekiranya mereka digelar sebagai pasangan idola remaja sebagaimana pasangaan lain dalam filem-filem sebelum ini. Ia memberi kelebihan kepada mereka.

Dulu pasangan Erra Fazira dan Awie melariskan filem yang menggandingkan mereka. Fauziah Ahmad Daud pula sangat serasi dengan Eman Manan dalam filem era mereka. Malah era P. Ramlee pun kita sering saksikan gandingan serasi hero dan heroin yang berganding dalam beberapa buah filem.

Lisa pula menganggap dia masih baru dari hitungan pengalaman berbanding Farid. Namun Lisa menganggap adanya chemistry di antara mereka sebagai tanggungjawab menjalankan tugas sebagai pelakon.

"Pasangan yang ada chemistry membolehkan kita menghayati watak dengan lebih berkesan. Saya nampak ada keserasian di antara saya dan Farid, jadi tak payah untuk bercinta dengannya dalam filem," kata Lisa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: