Tuesday, August 4, 2009

Erra, Aleesya di konti Suria FM


kasih seorang ibu. KEHADIRAN ENGKU ALEESYA MEWARNAI KEHIDUPAN ERRA FAZIRA.


BERTUAH sungguh Engku Aleesya. Puteri comel kepada artis popular, Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin tidak seperti bayi lain.

Bermula dari hari kelahirannya sehinggalah hari ini usianya mencecah empat bulan, dia menempa populariti yang bukan sedikit.

Semuanya kerana seluruh masyarakat mahu mengenali anak yang bakal mewarisi kegemilangan dan kemasyhuran ibu dan ayahnya.

Kerana kelahiran Engku Aleesya juga, terbitnya sebuah program TV istimewa Gugu Gaga Erra.

Program terbitan Astro itu mengajak penonton berkongsi pengalaman Erra dan Engku Emran membesarkan cahaya mata sulung mereka.

Selepas popular di TV, Erra bakal membawa anaknya ke konti radio pula.

Kali ini, para pendengar stesen radio Suria FM berpeluang mendengar pengalaman Erra menjadi ibu kepada cahaya mata comel itu.

Kehadiran Engku Aleesya ke konti Suria FM pada 6 Ogos ini (Khamis) barangkali juga akan mencatat sejarah kerana dia bakal muncul sebagai selebriti jemputan paling muda yang dibawa ke konti.

Masakan tidak, baru berusia empat bulan sudah dibawa ke konti radio. Walaupun masih belum bercakap, namun setidak-tidaknya apabila besar kelak, Engku Aleesya sudah tentu boleh berkongsi sejarah manis yang pernah dilaluinya.

Kehadiran Erra ditemani Engku Aleesya sebetulnya sebagai merancakkan lagi kempen Lagu Berduit Suria FM diWANGikan oleh One Drop Perfumes.

Erra dan anaknya akan ditemu bual menerusi segmen Selebriti Room yang ke udara setiap hari Khamis bermula 7.30 hingga 9 pagi bersama krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suria FM, sepanjang temu bual itu, Tuah dan Zizi akan berkongsi sebanyak mungkin rahsia yang tidak pernah diketahui umum mengenai Erra sebagai seorang ibu moden yang masyhur.

Dan dua anak teruna di Suria FM, Tuah dan Zizi pula sudah tentu akan menggunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk 'mengambil hati ' hati Erra semata-mata untuk 'memikat' Engku Aleesya.

Kepada para pendengar stesen popular itu boleh berinteraksi bersama Erra dengan menghubungi talian 03-4041 1053.

Selain itu, pada pendengar juga boleh bertanya sebarang soalan kepada penyanyi dan pelakon jelita itu dan puterinya menerusi SMS ke talian 33080.

Apa yang menariknya, sesi temu bual itu turut disiarkan secara live di suria.tv menerusi www.suriafm.com.my.

Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendengar Suria FM pada hari Khamis ini pukul 7.30 pagi bersama Erra Fazira dan anaknya, Engku Aleesya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: