Wednesday, August 12, 2009

Dulu hitam, kini berkulit putih


DE VLUGT kini memiliki kulit berwarna putih.




GAMBAR menunjukkan De Vlugt ketika berumur tujuh tahun.


LONDON - Ramai tidak menyangka seorang wanita berkulit putih di sini, Darcel de Vlugt sebenarnya berasal daripada sebuah keluarga kulit hitam, lapor sebuah akhbar semalam.

Warna kulit gadis berusia 23 tahun itu beransur menjadi putih dan pucat ketika berusia lima tahun selepas dia didapati menghidap sejenis penyakit kulit yang jarang berlaku iaitu vitiligo.

Penyakit vitiligo itu menyebabkan sistem imunisasi menyerang sel pigmen yang membentuk warna kulit.

"Saya penat meyakinkan orang lain bahawa saya sebenarnya berketurunan kulit hitam," katanya.

"Ketika berusia 12 tahun, saya pernah menjalani rawatan tetapi gagal. Apabila saya meningkat remaja, 80 peratus tubuh saya bertukar menjadi warna cerah. Saya pasrah kerana tiada apa yang dapat saya lakukan," tambahnya.

Ditanya sama ada dia pernah terlintas untuk menjalani rawatan melunturkan kulit seperti pernah dilakukan oleh Raja Pop, Michael Jackson yang juga seorang penghidap vitiligo, de Vlugt menyatakan rawatan tersebut tidak perlu.

"Kini kulit pada seluruh tubuh saya menjadi putih. Saya tidak perlukan rawatan itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: