Wednesday, August 12, 2009

Majlis perkahwinan di garaj


BEN (kiri) dan isterinya, Karolina mengadakan majlis perkahwinan di sebuah garaj milik keluarga Ben.



LANCASTER - Satu pasangan British mengadakan majlis perkahwinan impian mereka dengan perbelanjaan sebanyak £1,000 (RM5,826), lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu, Ben Alty dan Karolina Nowakowska, 23, memilih menganjurkan majlis perkahwinan itu di dalam sebuah garaj milik rumah keluarga Ben.

Dengan bantuan ahli keluarga dan rakan-rakan, Ben, 26, berkata: "Kami mahu sebuah majlis yang menggambarkan suasana semasa dan berpatutan tanpa hilang sentuhan yang ajaib.

"Kebanyakan pasangan mengambil pinjaman dan hidup mereka berakhir dengan hutang tetapi kami masih mampu mengadakan majlis perkahwinan dengan kos rendah.

"Keluarga dan rakan-rakan membantu kami dan kami mempunyai kehidupan yang indah."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: