Saturday, August 8, 2009

Cheb Ali, Azura menetap di Mesir

Bulan April lalu, penyanyi Azura Aziz dan suami Cheb Ali menjual barang-barang rumah sewa mereka untuk berpindah ke Mesir. Suaminya memang berasal dari Mesir. Kebetulan anak sulung mereka Bubu sudah mula bersekolah.

"Memang kami akan menetap di Mesir dan akan pulang ke Malaysia dalam tempoh yang singkat sahaja," kata Cheb Ali kepada Mangga Online dalam komunikasi melalui messenger.

Apatah lagi dia sendiri mula banyak kerja di sana. Banyak projek yang diraihnya antaranya menyediakan dokumentari untuk Library of Alexandria. Dia terlibat secara langsung dalam penerbitannya. Mereka menerbitkan dokumentari pasal sejarah, kebudayaan, seni dan kraftangan.

"Saya sekarang sedang menyunting filem pendek untuk dokumentari pasal kebudayaan dan sejarah Arab.

"Memang kami akan lama di sini kerana Bubu sekarang sudah masuk Qurtuba Institute of Al-Azhar. Apabila musim cuti sekolah barulah boleh pulang ke Malaysia," katanya.

Gambar-gambar ini dirakam semasa mereka bercuti ke perkampungan di Mesir pada hujung minggu.

"Kami ke Fayoum Oasis. Di situ ada rumah rehat kampung yang cantik dan dibina dengan batu sepenuhnya.

"Dari kolam renang rumah rehat di Fayoum Oasis tu kita dapat lihat Tasik Qarun di belakangnya. Banyak harta di bawahnya.

"Kami juga melawat ladang di sekitar kawasan situ," kata Ali.

Masih minat rakam lagu

Di samping kerja-kerja tetap itu, Ali masih mahu rakam album. Dia dalam proses menyiapkan lagu sebelum memulakan rakaman.

Ali pernah memasarkan album di Malaysia dua tahun lalu. Dia juga terlibat dalam penerbitan album beberapa artis termasuk Betty Banafe.

Azura pula sudah lama menyepi daripada dunia seni sejak berkahwin dengan Ali. Mereka kini memiliki dua anak lelaki, Bubu dan Totti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: