Saturday, August 8, 2009

6ixth Sense - Cinta Yang Sempurna

Nama 6ixth Sense tidak pernah lekang dari peminat semua. Menerusi lagu Hari Ini Dan Semalam nyanyian 6ixth Sense berjaya mengangkat nama band ini seiring kumpulan muzik popular lain dalam jangka waktu yang singkat.

Menerusi album kedua mereka pula, single Tak Bisa Memilihmu meneruskan kesinambungan populariti sedia ada. Ini terbukti menerusi muat turun nada dering panggilan yang di terima diluar jangkaan.

Artis dibawah naungan Rumpun Records ini dianggotai oleh Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo, Safwan Hasnan (Wan) selaku pemain dram,Mohd Fairuz Ramli (Ayoy) selaku pemain bass, Shahrul Effendy Shaari (Atan) selaku pemain gitar kedua dan Mohd Faiz Azizi (Gjie) selaku pemain gitar utama.

Kini mereka melangkah lebih jauh lagi apabila Rumpun Records bekerjasama dengan Metadome Sdn Bhd memberi ruang yang bakal melebarkan sayap 6ixth Sense apabila di beri kepercayaan berduet bersama Noe(Letto) menerusi lagu ‘Cinta Yang Sempurna’.

Peluang keemasan itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh 6ixth Sense apatah lagi apabila dapat berkolabrasi bersama Noe(Letto). Satu nama yang besar dalam industri muzik di Indonesia.

Perbincangan demi perbincangan dilakukan oleh pihak Metadome Sdn Bhd bersama syarikat rakaman Noe. Akhirnya berkat kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Metadome membuahkan hasil.

Maka termeterailah satu perjanjian tanggal 7hb Ogos yang lalu bertempat di Ark studio rakaman yang beroperasi di Taman Tun Dr Ismail menyaksikan Adi dan Noe berkolabrasi dalam lagu ‘Cinta Yang Sempurna’.

Pada awalnya Adi agak berasa janggal dan malu pada Noe(letto) tetapi sikap profesional dan mesra yang ditunjukkan Noe membuatkan kedua-duanya begitu mesra.

Lagu dan lirik hasil nukilan dari Noe(letto) manakala susunan muziknya dihasilkan oleh 6ixth Sense.

Hanya mengambil masa selama beberapa jam sahaja akhirnya lagu tersebut dapat dihasilkan dengan menarik sekali.

Apa yang menariknya mengenai lagu tersebut adalah susunan melodinya yang amat indah dan begitu teliti sekali, sekiranya diamati dengan mendalam.

Cinta Yang Sempurna bukan sahaja mulai kedengaran dicorong-corong radio malah pihak Metadome berharap lagu tersebut bakal mencetus fenomena baru buat 6ixth Sense.

Cinta Yang Sempurna bukan sahaja sesuai diperdengarkan sepanjang bulan Ramadan yang mulia tetapi ia juga mampu diperdengarkan pada hari dan bulan seterusnya.

Bertemakan ketuhanan, keindahan dan keinsafan manusia sejagat kepadaNya. Seperti bait-bait lirik yang ditulis takkan ada cinta yang sempurna selain kepadaNya.

Daripada kehidupan manusia yang sentiasa mengejar-ngejar kesempurnaan dalam cinta dan hidup. Keduniaan,kebendaan yang dipuja tidak akan bertahan selamanya.

Lagu ini juga menceritakan tentang manusia mencari cinta yang sejati, cinta yang sempurna, mencari suatu hal yang hakiki, derita yang telah ditemukan oleh Yang Di Atas; pengakhirannya kita ditemukan dengan cinta sempurna junjungan Nabi dan Tuhan.

Harapan dari Noe semoga lagu ini dapat diterima oleh semua kalangan peminat di Malaysia dan juga diterima di Indonesia dan lebih-lebih lagi sebagai tanda penghormatan, kita sebenarnya bersaudara Malaysia dan Indonesia. apa lagi dalam seni tidak ada musuh,tidak ada apa-apa. Yang ada hanyalah kemesraan,kerjasama dan membawa tertawa,kegembiraan untuk semua ujar Noe(Letto).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: