Saturday, August 8, 2009

1001 Insprirasi Raikan Kemenangan di Astro

Biarpun kita belum menempuh bulan Ramadhan yang penuh berkat, Astro telah pun menyediakan sebuah program dakwah untuk memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.


Mini konsert gabungan zikir, monolog, lagu-lagu ketuhanan dan tazkirah ini akan membawa penonton menyelami kemenangan menentang nafsu dalam bulan puasa. Program penuh bermakna ini akan membawakan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Ramli Sarip, Datuk Fadzilah Kamsah, Mawi, Rabbani, Akbar, Akhil Hayy, Ustaz Dini, Ustaz Dzulkarnain dan Qhaud AF7.

Program penuh keinsafan ini amat menarik kerana ianya akan menampilkan segmen bermonolog yang menyatakan keinsafan dan kekesalahan sepanjang menjalani kehidupan di dunia yang fana ini. Alunan merdu dan gemersik yang mendayu-dayu tentunya akan meruntun hati tatkala mendengarnya.

Siaran untuk Hari Raya Aidilfitri pertama ini julung kalinya diterbitkan Astro dan idea bernas ini diilhamkan daripada Kalam Suci.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: