Wednesday, August 5, 2009

Roti High5, Sure Value 500 dilancar


TAN menunjukkan roti High5, Sure Value 500 keluaran terbaru syarikat Silver Bird yang dilancarkan di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Silver Bird Group Berhad (Silver Bird), syarikat pengeluar roti dan konfeksi terkemuka, menjangkakan peningkatan ketara dalam segmen jualan roti sandwic dengan pengenalan varian terbaru roti buku High5, Sure Value 500 semalam.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Silver Bird, Datuk Jackson Tan, dengan harga yang berpatutan, roti yang telah berada di pasaran sejak minggu lalu itu dijangka akan menarik minat setiap lapisan masyarakat.

"Roti Sure Value 500 bukan sahaja dijual dengan harga berpatutan, RM2.25 bagi setiap bungkus seberat 500 gram tetapi juga memperlihatkan pertambahan tiga keping roti kepada 22 keping berbanding sebungkus roti sandwic High5 biasa.

"Sungguhpun begitu, jumlah khasiat dalam roti putih ini sama, seiring dengan diet sihat dalam keluarga," kata Tan pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 High5 dan pelancaran roti Sure Value 500 di Kompleks Silver Bird di sini semalam.

Dua varian roti sandwic High5 lain di pasaran ialah Nutri-White yang dijual pada harga RM2.10 bagi pek 400 gram dan 600 gram (RM2.90) serta High Grain Wholemeal bagi pek 400 gram (RM3).

Menyasarkan jualan roti terbaru itu di antara 30,000 sehingga 40,000 buku sehari dalam masa dua bulan, beliau yakin produk itu bakal menyumbang kepada peningkatan peratusan pasaran roti sandwic di negara ini.

"Kami optimis nilai tersebut akan bertambah daripada lebih 20 peratus yang dicapai sekarang," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: