Dah hampir dua bulan pelakon drama Shahriza Mahmud menderita kakinya bengkak diserang landak laut semasa menyelam di Pulau Perhentian, Terengganu.
Kata Shahriza semasa menyelam di satu kawasan batu karang di pulau itu, tiba-tiba dia rasa kaki kirinya kebas. Rupanya terkena duri dua ekor landak laut sebesar bola sepak. Terdapat 30 lubang akibat tusukan duri landak tu. Gara-gara kejadian tu, Shahriza tak boleh berjalan dengan baik. Masa Festival Filem Malaysia (FFM) di Sabah yang lalu dia terpaksa guna kerusi roda.
Yang hairannya selepas mendapatkan rawatan kira-kira dua bulan lalu, bengkak kakinya tu tak juga pulih.
Yang mengejutkan masa dia berubat secara tradisional, Shahriza diberitahu dia diganggu makhluk halus.. Landak laut yang dimaksudkan itu bukan sembarangan landak.
Patutlah kata Shahriza masa dia berenang di kawasan batu karang yang dalamnya kira-kira 20 meter tu, tiba-tiba seperti ada sesuatu menariknya ke dasar laut. Kerana insiden itu dia terpaksa gagahkan kayuhan kakinya sehinggalah terkena duri dua ekor landak laut.
“Selepas tok guru tu bagi tahu ada benda halus, barulah saya ingat kejadian saya ditarik ke dasar laut. Sehari selepas kejadian tu, kawan saya pun ada mengalami kejadian pelik ditempat yang sama,” kata Shahriza.
Gara-gara landak laut jahanam tu dia terpaksa tolak tiga tawaran berlakon yang bernilai RM20,000.
Sekarang ini Shahriza sibuk dengan lakonannya Duit Raya (bahagian kedua) terbitan RTM di Kuala Terengganu. Gara-gara kaki sakit dia terpaksa pegang watak Tijah Tempang. Sabarlah ya mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: