![]() |
| Akhil dan Waheeda |
SAYA terpanggil untuk menulis dalam ruangan Bukan Nak Kata selepas mengetahui tentang pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda. Sebagai saudara sesama Islam, saya mendoakan kebahagiaan mereka dan mengharapkan perkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat.
Saya tahu perihal jodoh maut itu ketentuan Allah cuma saya tertanya-tanya mengapa dulu sibuk menafikan mereka mempunyai hubungan?
Akhil sendiri nampaknya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menamatkan zaman duda selepas bercerai dengan isterinya, Maizawati.
Jadi benarlah rupa-rupanya gosip yang keluar sebelum ini yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi Waheeda itu?
Kerana bagi saya, pernikahan yang dilangsungkan selepas 30 hari bercerai itu telah menjawab segala persoalan terhadap gosip-gosip yang dilemparkan kepada mereka selama ini.
Apakah mereka menipu selama ini? Atau apakah perasaan cinta itu hanya datang selepas 30 hari bercerai? Saya tidak mahu mempersoalkan tentang itu kerana siapalah kita untuk menilai dan mengetahui hati dan perasaan mereka.
Cuma sebagai seorang Islam dengan pengetahuan agama yang tinggi (saya katakan begitu kerana, jika tidak, takkan Akhil dipanggil ustaz) saya anggap perbuatan mereka sebelum ini dengan segala bentuk penafian kurang manis.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: