Wednesday, March 4, 2009

Soseh Soseh: Rozita - Zizan tidak selesa digandingkan?


SS tidak tahulah apakah penganjur sengaja menggandingkan Rozita Che Wan dengan Zizan Nin sebagai penyampai anugerah dalam satu majlis yang berlangsung baru-baru ini.

Bukan apa, SS puji mereka berdua kerana begitu profesional apabila tidak keberatan untuk digandingkan bersama sedangkan sebelum ini timbul cerita kononnya pernah dikatakan bercinta.

SS tidak tahu sejauh mana hubungan mereka berdua tetapi memang pernah ada gosip mengenai mereka. Tapi seperti biasa, kedua-duanya memberi jawapan hanya kawan biasa dan tidak lebih daripada itu apabila ditanya wartawan.

Tapi SS difahamkan, si jejaka memang menyukai pelakon wanita itu tetapi malangnya dia hanya bertepuk sebelah tangan kerana cintanya tidak berbalas.

Apabila digandingkan bersama di pentas, tidak nampak pula kemesraan mereka. Itulah yang disampaikan rakan SS yang berada di majlis itu. SS difahamkan, tiada tegur sapa dan kemesraan sebagaimana layaknya dua orang yang digandingkan sebagai penyampai.

Sudah menjadi kebiasaan, seorang bertanya khabar dengan orang yang digandingkan dengannya sebelum membacakan senarai calon bertanding seterusnya mengumumkan pemenang.

Kata rakan SS, pasangan lain seperti Rosyam Nor dan Fazura, Hans Isaac-Nasha Aziz, Jehan Miskin-Dynas dan Farid Kamil-Lisa Surihani tiada pula masalah itu malah nampak mesra.

Berbeza dengan mereka berdua apabila masing-masing membawa haluan. Seorang ke kiri seorang lagi ke kanan. SS tida tahulah apa masalah mereka berdua. Apakah masih menyimpan marah dan sakit hati sampai tidak boleh bersikap profesional ketika di pentas?

Persoalannya, kalau tidak boleh bersikap profesional, mengapa bersetuju untuk digandingkan? SS rasa lebih baik berterus terang dengan penganjur mengatakan tidak berapa selesa digandingkan bersama. Mungkin penganjur boleh membantu dengan menggandingkan mereka dengan pasangan lain.

Apabila setuju digandingkan bersama kemudian tidak mampu berlakon dengan baik depan penonton, SS rasa perkara itu membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa terjadi begitu.



Daripada orang tidak tahu kemelut sebenar yang melanda mereka berdua, jadi tahu gara-gara kegagalan menyembunyikan perkara sebenar. Nasib baik majlis itu tidak disiarkan secara langsung. Kalau tidak, satu Malaysia melihat aksi tidak mesra mereka itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: