| SEBAGAI wartawan, SS sememangnya sentiasa menghormati gaya penulisan rakan kerana masing-masing ada cara dan penyampaian tersendiri sesuai dengan konsep akhbar atau majalah yang mereka wakili. |
Begitu juga apabila bertanya soalan kepada artis. Masing-masing bebas bertanya apa saja walaupun ada kalanya soalan itu menyebabkan ramai berpaling sesama sendiri kerana dirasakan kurang sesuai dan tidak relevan.
Tapi sekali lagi SS tegaskan terpulang kepada wartawan itu sendiri, mungkin soalan itu dianggap remeh orang lain tetapi memang itu yang dikehendaki penerbitannya.
Baru-baru ini seorang rakan menyampaikan cerita mengenai seorang wartawan kebetulan bukan dari media cetak tapi media elektronik. Lebih tepat lagi, wartawan ini lebih glamor kerana wajah mereka keluar televisyen. Tapi apa yang kurang enak mengenai soalan yang diajukannya kepada artis terkenal dalam satu majlis.
Kata rakan SS, personaliti TV itu bertanyakan satu soalan yang membuatkan artis ini tertanya-tanya sama ada soalan itu relevan atau tidak. Malah ramai rakan wartawan lain yang hadir turut berpandangan sesama sendiri sebaik saja diajukan pertanyaan itu oleh personaliti TV ini.
Biarpun artis itu tetap jawab soalan yang diajukan tetapi rakan wartawan yang ada di situ juga hairan dengan sikap personaliti TV itu.
Kata rakan SS, personaliti ini bukanlah baru dalam bidang hiburan malah mempunyai banyak pengalaman dalam bidang kewartawanan. Mungkin personaliti ini tidak sedar soalannya itu boleh mengguris perasaan artis berkenaan kerana dia baru kehilangan orang disayang.
Kata rakan SS, dia bukan mahu menghukum personaliti ini untuk meminta maaf kepada artis itu tetapi peristiwa ini boleh dijadikan iktibar kepada personaliti TV lain mahupun artis dan rakan wartawan dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Katanya, dia berharap tegurannya ini diambil secara positif oleh personaliti TV itu dan mahu rakan lain lebih bersedia sebelum bertanya soalan supaya tidak memalukan diri sendiri.
SS sekadar menyampaikan luahan rakan SS kerana seperti SS katakan tadi, terpulang kepada wartawan itu untuk bertanya soalan. Selalunya artis tidak memberi syarat apa yang boleh ditanya dan apa yang tidak boleh.
| |
Mungkin personaliti itu rasa soalannya mengenai lagu apa yang didengar apabila dalam keadaan sedih adalah sesuatu yang menarik dan ingin diketahui ramai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: