Monday, March 2, 2009

SOSEH SOSEH: Penjelasan rakan Shila


KENYATAAN pelakon, penyanyi dan model, Shila Lama mendakwa dikhianati rakan kongsi menerusi Rap Jumaat lalu mengundang simpati peminat dan masyarakat.
Namun, dalam pada itu, SS difahamkan artikel itu turut mendapat perhatian seseorang yang menjadi rakan kongsi Shila.

SS difahamkan, seorang wanita menghubungi rakan SS meluahkan rasa tidak senangnya dengan tuduhan itu hingga berasa dirinya perlu tampil untuk memberi penjelasan.

Gadis berusia 27 tahun itu mendakwa sebelum ini hubungannya dengan Shila amat akrab umpama adik dan kakak. Namun, disebabkan tiada lagi persefahaman, masing-masing membawa haluan sendiri.

Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Ida Shafinaz berkata, sepanjang mereka bekerjasama menubuhkan syarikat peragaan, Shila sering membuat keputusan tanpa pengetahuannya termasuk menggunakan wang yuran peserta yang menyertai kelas untuk membeli pakaian.

Sampai satu tahap, katanya, Shila menarik diri sebab antara mereka sudah tidak ada persefahaman tetapi dia perlu menggunakan nama Shila untuk menarik semula bekas peserta yang sudah marah.

SS bertambah terkejut apabila Ida mendakwa memberikan wang RM3,000 kepada Shila tanpa sebarang 'hitam putih' selepas penyanyi itu berjanji mahu mencarikan rumah flet kepada kakaknya.

Itulah luahan Ida panjang lebar juga kepada rakan SS. Bagi SS, memang susah mengatakan siapa yang benar dan siapa yang salah dalam hal ini. Kalau boleh, biarlah kedua-dua pihak duduk semeja dan berbincang untuk menyelesaikan masalah.

Bukan apa, perkara tuduh-menuduh ini tidak akan habis tambah pula kalau diluahkan kepada pihak ketiga dan dalam hal ini, pihak media. Nanti pening kepala mendengar cerita satu pihak kemudian pihak satu lagi kata begini.

Perkara begini tidak elok dibiarkan berpanjangan tambahan pula hubungan mereka berdua sebelum ini akrab macam adik dan kakak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: