Friday, March 6, 2009

Saluran Awani perkenal 2 program baru



ROZINA yakin kandungan berita di saluran Awani sentiasa mantap dan terperinci.

Lebih banyak pilihan untuk penonton dapatkan perkembangan berita semasa

DALAM satu usaha untuk membawa program berita dan ehwal semasa berkualiti kepada rakyat Malaysia yang mengejar perkembangan mutakhir, Astro Awani (saluran 501 Astro) memperkenalkan dua program baru, iaitu Agenda Awani dan Focus Economy bermula 9 Mac ini.

Agenda Awani adalah program buletin berita perdana yang unik dan sebuah program ehwal semasa, manakala Focus Economy mengupas perkembangan dan isu ekonomi di peringkat domestik atau antarabangsa dengan lebih mendalam.


Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz berkata, menerusi dua program terbaru itu, penonton saluran Astro Awani mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan perkembangan berita semasa.

“Kami memberikan penonton satu pilihan dalam memaparkan berita setiap hari dengan menumpukan kepada laporan berita utama yang lebih terperinci. Ini juga adalah untuk menghargai penonton setia saluran ini.

“Menerusi Agenda Awani dan Focus Economy, kami akan yang menyediakan laporan, kupasan dan berita lebih seimbang, mendalam serta,” katanya.

Bermula pada 9 Mac ini, Agenda Awani menjadi buletin unik ini meletakkan berita utama dalam satu skop khusus, memberikan penonton daripada pelbagai sudut pandangan yang lengkap. Buletin berita ini akan diterajui oleh Suhaimi Sulaiman, seorang wartawan penyiaran berpengalaman luas dan pernah menjadi tulang belakang (anchor) dalam dunia penyiaran selama 18 tahun.

“Nama Suhaimi memang sudah cukup dikenali oleh penonton saluran Awani. Dan bagi mengukuhkan lagi saluran ini, kami menggandingkan Suhaimi dengan muka baru dalam bidang penyiaran, Rizal Zulkapli. Bagi Rizal ini sepatutnya dijadikan satu peluang keemasan untuk meraih pengalaman dan ilmu daripada Suhaimi yang boleh dianggap sebagai mentornya.

“Rizal pernah menjadi tulang belakang untuk program analisis berkaitan dengan Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 baru-baru ini, selain Debat Presiden Amerika dan Acara Perlantikan Presiden negara itu.

“Dia juga pernah membuat sesi temu bual bersama beberapa pemimpin antarabangsa selain personaliti terkenal dalam program khas seperti VIP Awani dan Tamu Awani,” kata Rozina.

Sementara itu, Fokus Ekonomi pula akan menyiarkan perkembangan ekonomi semasa di seluruh dunia. Astro Awani memperkenalkan program istimewa ini bertujuan untuk mengupas pelbagai pandangan dan hebat selain membincangkan kaedah penyelesaian sesuatu itu dalam bentuk jangka pendek, pertengahan atau jangka masa panjang. Ini dapat membantu memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia yang tidak dapat mengelakkan diri daripada kesan kemelesetan ekonomi global.

Focus Economy yang disiarkan dalam bahasa Inggeris akan menjadi program tetap saluran Awani.

Rozina berkata, pihaknya menerima banyak permintaan daripada penonton yang mahukan saluran Awani memperkenalkan program dalam bahasa Inggeris.

“Kami sudah ada dua program ehwal semasa iaitu Sudut Pandang dan Perspektif Kita. Kedua-dua program ini mengetengahkan isu semasa. Sejak disiarkan 18 lalu, kami berasakan sudah tiba masanya untuk meluaskan lagi pendekatan saluran ini supaya lebih ramai lagi penonton. Di atas permintaan itulah, kita mewujudkan program mingguan dalam bahasa Inggeris.

“Bagaimanapun, untuk kepentingan semua penonton, mana-mana program yang dibuat dalam bahasa Inggeris kita akan sediakan sari kata bahasa Melayu. Begitu juga sebaliknya terhadap program berbahasa Melayu,” jelas Rozina.

Program Sudut Pandang dan Perspektif kita yang menjadi sebahagian daripada tunjang kekuatan Astro Awani dilancarkan pada September 2007 bersempena Kemerdekaan Malaysia ke-50.

Rozina menambah, pihaknya sedang mengkaji untuk mendapatkan penyelidik bebas dan menawarkan mereka membuat penyelidikan secara khusus untuk dijadikan bahan dan kandungan dalam mana-mana program Astro Awani.

“Kami juga sedang memantau maklum balas yang diterima menerusi pelbagai medium dan laman blog untuk mengetahui apa yang mereka suka selain mengenal pasti kelemahan saluran ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: