Friday, March 6, 2009

Dengarnya... Airis Yasmin sambung belajar



Airis Yasmin

SEDANG asyik membetulkan bulu mata tiga lapis, Cik Normah dihubungi rakan sepejabat yang sedang berada di Restoran Bora Ombak, Ampang. Ketika itu, satu majlis keraian meraikan hari lahir kawan sepejabat Cik Normah yang bertubuh gebu diadakan. Sewaktu mereka semua sudah selesai menjamu selera, tiba-tiba kawan Cik Normah terserempak dengan pelakon dan model bergigi cantik, Airis Yasmin.

Janda anak satu ini dalam diam sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang anatomi fisiologi. Patut pun, Cik Normah sudah jarang tengok kelibatnya di kaca TV mahupun majlis hiburan. Masih lagi diuruskan di bawah pengurusan Aquilla Emas, Airis terpaksa mengurangkan aktiviti seninya sebab nak memberikan tumpuan kepada pengajian.

Baguslah macam itu dan Cik Normah puji inisiatif Airis yang masih ingin menimba ilmu biarpun umur semakin meningkat. Cik Normah boleh andaikan, Airis ini antara pelakon yang berstatus ‘Miss J’ tapi mempunyai bakat lakonan semula jadi. Harapnya janganlah sampai Airis lupakan dunia seni walaupun pun sibuk dalam belajar.


Buktikan kepada masyarakat status ibu tunggal bukan alasan untuk terus berdiam diri dan hanya mengharapkan simpati. Cakap mengenai ‘Miss J’, teringat Cik Normah dekat Rozita Che Wan yang ligat bekerja demi meneruskan kehidupan bersama dua anak dan keluarganya. Kawan Cik Normah, Kak Pora yang sudah lama menjanda pun gigih bekerja demi sesuap nasi.

Jangan ingat wanita macam kami ini hanya harap saja muka cantik tapi otak tak boleh pakai. Hello, Cik Normah mahupun Kak Pora jenis wanita yang bukan dalam kategori ‘dumb blonde’ okey. Kepintaran dan kebijaksanaan kami melebihi segala-galanya ya. Awas! Jangan nak pijak kepala Cik Normah pula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: