![]() |
| JESSICA SIMPSON |
BUKAN gemuk, tetapi kerana memakai kostum yang salah.
Selain itu, satu lagi pihak yang bersalah membuatkan Jessica Simpson dilihat agak berisi ialah jurugambar kerana selalu mengambil fotonya dari sudut yang menampakkan dia seolah-olah gemuk.
Tapi kenyataannya dia sememangnya sedikit gemuk berbanding sebelum ini.
Dan kegemukan itu angkara gemar memakan makanan ringan.
Satu sumber memberitahu Contactmusic: "Jessica sebenarnya tidak tahan dengan godaan makanan ringan, Dia memiliki masalah akan makan tanpa had, terutama apabila berhadapan dengan tekanan.
"Dia suka sangat makan kepak ayam, dan minum arak di Great Dane Pub di Madison, Wisconsin."
Terbaru, Jessica Simpson dilaporkan mendapatkan kembali khidmat jurulatih peribadinya sebelum ini, Mike Alexander untuk mengembalikan semula kelangsingan badannya seperti dulu.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 28 tahun itu bakal melancarkan jenama pakaian terbarunya dengan matlamat supaya pemakainya merasakan diri mereka seksi.
"Saya tahu perasaan wanita yang dikatakan memiliki badan yang gemuk. Sekarang saya sudah mengetahui apakah caranya supaya kita tidak berasa rendah diri kerana memiliki badan yang gemuk - pakaian dan aksesori yang sesuai," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: