Wednesday, March 4, 2009

Norman-Memey mahu dakwaan khalwat dikaji


Norman bersama Memey Suhaiza berbincang sesuatu di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.


KUALA LUMPUR - Aktor Norman Hakim dan pelakon muda Memey Suhaiza telah mengemukakan representasi kes tangkap khalwat mereka kepada Ketua Pendakwa Syarie Selangor untuk dikaji dan diteliti semula.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili kedua-dua artis tersebut kepada Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.

"Representasi tersebut dihantar pada 26 Februari lalu namun kami belum menerima maklum balas," kata beliau.

Pegawai pendakwa syarie, Zusyarafain Yusof pula berkata, pihaknya tidak berhasrat meneruskan perbicaraan sehingga keputusan representasi itu diketahui.

Wan Mahyuddin kemudian menetapkan kes itu disebut semula 7 April bagi memberi peluang kepada Ketua Pendakwa Syarie meneliti representasi berkenaan.

"Tarikh tersebut adalah untuk mengetahui keputusan representasi sama ada kes digugurkan atau tidak, namun jika ada kes, kita akan teruskan perbicaraan," kata beliau.

Norman, 33, dan Memey, 21, yang bukan mahram didakwa berada dalam keadaan mencurigakan pada pukul 3 pagi 30 Oktober 2008 di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang dekat sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: