
JULIA kini gemar menghabiskan masa bersama keluarga.
![]() |
| CLIVE OWEN |
JULIA ROBERTS mengakui dia cukup serasi dengan aktor Clive Owen. Pemenang Oscar itu bakal muncul dalam filem gandingannya bersama Owen berjudul, Duplicity.
Katanya: "Saya sukakan Clive dan kami serasi bersama dalam filem kerana kami memiliki tenaga dan semangat yang hampir sama."
Namun menurut aktres berusia 41 tahun itu, biarpun dia suka berada di set penggambaran filem, namun dia lebih gemar berada di rumahnya bersama suaminya, Danny Moder dan tiga anaknya. Dua kembar Julia, Hazel dan Phinn kini masing-masing berusia empat tahun. Anak bongsunya, Henry pula baru berusia 18 bulan.
"Keluarga adalah segala-galanya bagi saya," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: