Friday, March 20, 2009

Reese rahsiakan pertunangan


REESE WINTHERSPOON dan Jake Gylenhaal.


SEPASANG lagi pelakon popular Hollywood dilaporkan bertunang secara rahsia.

Reese Wintherspoon diketahui menjalinkan hubungan cinta dengan Jake Gylenhaal sejak 2007, namun spekulasi mereka sudahpun bertunang bertiup kencang selepas Reese dilihat menyarung cincin berlian penuh bergemerlapan pada jari manisnya itu ketika dia menjalani penggambaran iklan komestik Avon baru-baru ini.

Satu sumber memberitahu majalah Amerika, Star: "Semua orang di set penggambaran Avon perasan Reese menyarungkan sebentuk cincin yang sangat berkilau.

"Namun, apabila dia perasan semua orang merenung cincin yang disarungkannya itu, dia cepat-cepat menyimpan cincin itu ke dalam beg tangannya dan langsung tidak memakai cincin itu sepanjang menjalani penggambaran iklan tersebut."

Pada bulan lepas, Jake dilaporkan mengunjungi sebuah butik barang kemas terkemuka di New York.

Dia telah menghabiskan masa selama empat jam di situ dan dikatakan memilih cincin yang paling indah dan mahal, istimewa buat Reese.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: