Friday, March 20, 2009

Gwyneth penganut Kabbalah?


MADONNA (kiri) dan Gwyneth Paltrow.


GWYNETH PALTROW dan Madonna diketahui menjalinkan persahabatan dan sudah acap kali foto kedua-duanya dirakam bersama, namun buat pertama kalinya mereka dirakam ketika sama-sama menyarungkan kalung merah lambang 'agama' moden yang dianuti Madonna, Kabbalah.

Ia segera menimbulkan spekulasi bahawa pemenang Oscar itu sebenarnya juga penganut Kabbalah secara diam-diam, memandangkan dia sebelum ini tidak pernah membuat kenyataan media mengenainya.

Menurut laporan Dailymail.co,uk, ketika menghadiri majlis yang meraikan pereka fesyen tersohor, Valentino di New York baru-baru ini, kedua-dua Madonna dan Gwyneth yang sudah sedekad menjalinkan persahabatan duduk bersebelahan dan berbual penuh mesra.

Kalung Kabbalah berwarna merah yang dipakai oleh Madonna dan Gwyneth itu adalah sebagai lambang untuk melindungi pemakainya daripada sebarang kuasa negatif.

"Biarpun Gwyneth belum pernah mengakui dia seorang penganut Kabbalah, namun Madonna dipercayai orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kepada Gwyneth mengenainya," ujar sumber.

Gwyneth dan Madonna sebelum ini juga berkongsi minat yang sama iaitu gemar melakukan yoga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: