
Princess Haliza, Sepang semalam.
SELEBRITI PLKN. Jika dulu dia memohon penangguhan kerana kerjaya, semalam pelakon jelita, Diana Danielle Danny Beeson sudah merasai sendiri keseronokan selaku pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Princess Haliza, Sepang.
Daripada respons yang disampaikan kepada ibunya, Norsiah Ramli, Diana nyata bersemangat dan cepat menyesuaikan diri sehingga sudah memperoleh ramai kenalan baru. "Saya rasa dia (Diana) tak ada masalah ikuti aktiviti lasak.
"Cuma sekarang dia alami banyak perkara baru. Kalau dulu tidur sendirian, sekarang ini ramai-ramai, kena cuci baju, rambut pun kena uruskan sendiri, bukan lagi asyik pergi salon,'' ujarnya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, komunikasi antara ibu dan anak itu berakhir buat sementara waktu selepas telefon Diana diambil oleh jurulatihnya bagi mematuhi peraturan kem PLKN yang hanya membenarkan ia digunakan pada hujung minggu sahaja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: