Tuesday, March 3, 2009

Pengacara TV 'bergusti' dengan ikan marlin


WATSON memeluk ikan marlin dalam laut di New Zealand.



AUCKLAND - Seorang lelaki di New Zealand, Matt Watson terjun ke dalam laut dari sebuah helikopter dan 'bergusti' dengan seekor ikan marlin, lapor sebuah akhbar semalam.

Watson sebelum ini pernah menangkap ikan marlin ketika menaiki papan luncur dan aksi menakjubkan itu dirakam untuk program televisyen yang dihoskannya, The Ultimate Fishing Show.

Keberanian lelaki berumur 33 tahun itu yang juga seorang pemancing profesional menyebabkan dia dianggap setaraf dengan penangkap buaya popular, mendiang Steve Irwin.

"Aksi yang saya lakukan memang berbahaya tetapi saya tidak menganggap diri saya sebagai personaliti televisyen.

"Apabila saya memegang kamera, saya tiba-tiba menjadi berani dan lupa tentang bahaya yang menanti," katanya.

Apabila Watson mengail seekor ikan marlin dari papan luncur, ikan gergasi itu menariknya sejauh 11 kilometer dengan laju sehingga dia boleh berdiri di atas papan luncurnya.

Pergelutan selama 90 minit dengan ikan itu berakhir apabila pemancing itu membebaskannya.

Bagaimanapun, aksi itu dianggap jinak berbanding dengan terjunan helikopter dan menangkap ikan marlin dengan tangan di dalam laut sebelum melepaskannya.

"Idea menangkap ikan marlin dengan tangan itu datang secara tiba-tiba. Saya mengalami beberapa calar pada badan saya tetapi aksi itu berbaloi," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: